Subscribe to my full feed.

Thursday, February 22, 2007

Fatal Accident Involving 2 Riders.

My deepest condolences to the families.
From SingaporeBikes.com



From NST (News Straits Times) today:


IPOH: A decision to help a biker friend involved in an
accident in Thailand
proved fatal for two friends from Singapore.
They
were killed in an accident
near here at 9pm on Tuesday.
Police said
their 1,300cc motorcycle grazed a
car near the Simpang Pulai rest area along
the North-South Expressway. They fell
on the road and were run over by
another vehicle.
They were identified as
childhood friends Muhammad
Ridzuan Hussein, 25, and Roslan Rahim, 24, from
Tampines, Singapore.
Police have classified the case as hit-and-run as the
car which mowed
them down did not stop.
Ridzuan’s father, Hussein Supaat, a
policeman,
claimed the body at the Ipoh Hospital yesterday afternoon. Roslan’s
brother,
Yacob Rahim, claimed his remains.
Ridzuan and Roslan left Singapore
at
5am on Tuesday on hearing that their friend, involved in a motorcycle
accident in Thailand, needed their help.
The three were part of a group
of
bikers which traversed Singapore, Malaysia and Thailand.
Ridzuan’s
mother,
housewife Salmah Abu Bakar, 50, said her son had returned to
Singapore on Monday
from a weekend trip to Genting Highlands with his
younger brother, Muhammad
Rahmat, 22.
"I was surprised that he decided
to make another trip north and
was worried. He had earlier told us he would
sponsor our umrah this
year.
"Ridzuan and Roslan were always together,"
she said.
Ipoh district
traffic chief Assistant Superintendent Razali
Bakar said after a car ran over
the two on the road, another car rammed into
their motorcycle and the driver
alerted the police about the accident.

From METRO today:

Lelaki Singapura mahu hantar ibu bapa tunai haji maut nahas
IPOH: “Saya tidak
menyangka niat Allahyarham untuk menghantar kami berdua mengerjakan haji
kesampaian apabila dia terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabit
kemalangan kelmarin,” kata seorang ibu warga Singapura, Salmah Abu Bakar,
50.
Ibu kepada Mohd Ridzuan Hussein, 25, itu berkata, anak lelakinya itu
sebelum ini sering menyuarakan hasrat untuk menghantar dia dan suaminya, Hussein
Supaat, 50-an ke Makkah pada musim haji kali ini.
Katanya, anaknya itu sering
memberi galakan kepada mereka berdua untuk berbuat demikian serta menyatakan
kesediaan untuk membantu termasuk dari segi kewangan.
Bagaimanapun, katanya,
niat Mohd Ridzuan untuk berbuat demikian tidak kesampaian selepas terbunuh
bersama seorang rakan, Roslan Rahim, 24, yang membonceng motosikal
berkenaan.
Dalam kemalangan kira-kira jam 9 malam di Kilometer 289.6 di
Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai itu, kedua-dua mangsa terbabit dalam
perjalanan ke Thailand untuk membantu seorang rakan yang mengalami kecederaan
akibat kemalangan motosikal di negara itu.
Difahamkan, rakan senegara yang
cedera termasuk patah tangan itu ialah rakan baik kepada kedua-dua mangsa yang
berasal dari Tampines, Singapura dan berada di negara berkenaan bersama
sekumpulan penunggang motosikal lain untuk bercuti sempena Tahun Baru
Cina.
Salmah berkata, pada hari kejadian, Mohd Ridzuan dan adiknya, Muhammad
Rahmat, 22, baru saja pulang ke Singapura selepas bercuti ke Genting Highlands,
Pahang selama beberapa hari.
“Saya menemui Muhammad Rahmat yang pulang ke
rumah sendirian dan terkejut apabila dimaklumkan anak saya itu masuk semula ke
Malaysia dan seterusnya ke Thailand untuk membantu seorang rakan di
sana.
“Ini kerana Mohd Ridzuan menerima panggilan dari seorang rakan
kira-kira jam 4 petang untuk membantunya mengambil motosikal yang terbabit
kemalangan sebelum itu.
“Berikutan itu, mangsa dan rakannya kemudian bertolak
ke negara berkenaan untuk membantu rakan terbabit sebelum kejadian menyayat hati
itu berlaku,” katanya.
Salmah berkata, Mohd Ridzuan adalah anak ketiga
daripada empat beradik dan mula bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat
komputer sejak tiga bulan lalu.

3 comments:

Anonymous said...

Innalillah. Semoga roh mereka tenang. Sama2 lah kita bacakan Al-Fatihah kat mereka. Hasrat murni membawa malapetaka. Setiap kejadian mesti ada hikmahnya.

Aku buka banyak forum motorsikal, especially forum Malaysia, ada thread pasal kejadian ini. Harap mereka sekeluarga tabah.

Anonymous said...

my deepest condolences too for the families involved.

may their souls rest in peace.

Anonymous said...

May they rest in peace.

My condolences to the rest of the families.